Azri AF9 Diseret Ke Mahkamah Dera Anak Tiri

Azri AF9 Diseret Ke Mahkamah Dera Anak Tiri - Hallo sahabat The Latest News Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Azri AF9 Diseret Ke Mahkamah Dera Anak Tiri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Global, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Top, Artikel Travel, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Azri AF9 Diseret Ke Mahkamah Dera Anak Tiri
link : Azri AF9 Diseret Ke Mahkamah Dera Anak Tiri

Baca juga


Azri AF9 Diseret Ke Mahkamah Dera Anak Tiri


BEKAS peserta Akademi Fantasia musim ke-9 (AF9), Mohammad Azri Abdullah dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini terhadap pertuduhan mendera anak tirinya dengan mencelup kedua-dua tangan mangsa ke dalam air panas, tahun lalu.

Mohammad Azri, 30, yang juga suami kepada bekas juara program Mentor musim kelima Salma Andi-Asis, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar.

Tertuduh didakwa telah melakukan penganiayaan terhadap anak perempuan tirinya, yang kini berumur 10 tahun, dengan mencelup kedua-dua tangan mangsa ke dalam air panas, di sebuah pangsapuri di Seksyen 9, Subang Jaya, di sini, pada 8 pagi, 5 Mei 2016.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya V V Suloshani menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin. 

Tertuduh yang diwakili peguam Fahmi Abd Moin memohon jaminan yang rendah atas alasan anak guamnya merupakan penanggung tunggal keluarga dan mempunyai tiga anak selain menjaga ibunya. 

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin, berserta syarat tambahan supaya tidak menganggu mangsa dan menetapkan 15 Mei untuk sebutan semula kes.

Azri dan Salma berkahwin pada 31 Januari tahun lalu dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata. - Bernama


Demikianlah Artikel Azri AF9 Diseret Ke Mahkamah Dera Anak Tiri

Sekianlah artikel Azri AF9 Diseret Ke Mahkamah Dera Anak Tiri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Azri AF9 Diseret Ke Mahkamah Dera Anak Tiri dengan alamat link http://thelatestnewsmalaysia.blogspot.com/2017/04/azri-af9-diseret-ke-mahkamah-dera-anak.html