Dr Dao diseret keluar pesawat… dikaitkan dengan gay

Dr Dao diseret keluar pesawat… dikaitkan dengan gay - Hallo sahabat The Latest News Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dr Dao diseret keluar pesawat… dikaitkan dengan gay, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Global, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Top, Artikel Travel, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dr Dao diseret keluar pesawat… dikaitkan dengan gay
link : Dr Dao diseret keluar pesawat… dikaitkan dengan gay

Baca juga


Dr Dao diseret keluar pesawat… dikaitkan dengan gay


KENTUCKY: Kes doktor keturunan Cina warga asal Vietnam yang diseret di lantai pesawat United Airlines US3411 oleh tiga anggota keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa O’Hare, Chicago, Amerika Syarikat mendapat perhatian banyak pihak.

Kisah Dr David Dao viral pada Ahad malam menyebabkan saham United Airlines merudum pada Isnin sehingga kerugian AS$800 juta (RM3.5 bilion).

Selain viral di AS, di China 120 juta warga net turut menonton video tersebut antaranya di Sino Weibo yang menyeru agar United Airlines diboikot.

Gara-gara tragedi diheret dari pesawat yang mahu menuju Louisville, Kentucky untuk bertemu pesakitnya, kini latar belakang Dr Dao disebarkan di media sosial khususnya berkaitan sisi gelap hidupnya.

Rata-rata netizen menganggap ia disengajakan sebagai mengalih isu sebenar.

MalayMail melaporkan, kini tersebar berita bahawa Dr Dao, 69 seorang gay yang pernah didapati bersalah menawarkan hubungan seks sebagai pertukaran dengan preskripsi perubatan pelanggannya.

Dalam kes tersebut, Dao kehilangan lesen perubatannya.

Isu itu muncul selepas surat dalam syarikat penerbangan itu membocorkan maklumat bahawa doktor yang cedera wajahnya dan diseret di dalam pesawat itu merupakan seorang gay.

Bagaimanapun, pengkritik melihat ia sepatutnya bukan isu bagi Ketua Pegawai Eksektutif United Airlines Oscar Munoz menolak meminta maaf kepada Dao.

Bahkan, Munoz hanya meminta maaf kepada khalayak atas insiden berkenaan sambil memuji tindakan pekerjanya terhadap Dao.

Kecaman terhadap syarikat penerbangan berkenaan semakin meluas, termasuk seruan agar ia diboikot.

Andrew Harakas dari firma hukum Clyde & Co seperti dimuat Independent pada Rabu turut menyalahkan Dao kerana beliau wajib turun jika diminta oleh staf sesuai dengan undang-undang pusat.

Ketika United Airlines menawarkan pampasan AS$400 (RM1,760) kemudian menaikkannya kepada AS$800 (RM3,520) kepada individu yang sanggup memberi tempat duduknya secara sukarela tiada sesiapa menyahut tawaran tersebut untuk menyerahkan kerusinya.

Pihak syarikat penerbangan terpaksa memilih secara rawak dan kebetulan Dr. David Dao keturunan Amerika-Vietnam terpilih.

Namun, kerana keengganannya, malah berteriak mengatakan beliau ada temu janji dengan pesakitnya di Louisville, pihak keselamatan lapangan terbang terpaksa mengambil tindakan seperti viral ditonton di seluruh dunia; beliau dipaksa keluar dengan diheret di atas lantai pesawat! – Sarawakvoice


Demikianlah Artikel Dr Dao diseret keluar pesawat… dikaitkan dengan gay

Sekianlah artikel Dr Dao diseret keluar pesawat… dikaitkan dengan gay kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dr Dao diseret keluar pesawat… dikaitkan dengan gay dengan alamat link http://thelatestnewsmalaysia.blogspot.com/2017/04/dr-dao-diseret-keluar-pesawat-dikaitkan.html