‘Spiderwoman’ China Panjat Tebing Tanpa Alat Bantuan

‘Spiderwoman’ China Panjat Tebing Tanpa Alat Bantuan - Hallo sahabat The Latest News Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ‘Spiderwoman’ China Panjat Tebing Tanpa Alat Bantuan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Global, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Top, Artikel Travel, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ‘Spiderwoman’ China Panjat Tebing Tanpa Alat Bantuan
link : ‘Spiderwoman’ China Panjat Tebing Tanpa Alat Bantuan

Baca juga


‘Spiderwoman’ China Panjat Tebing Tanpa Alat Bantuan


JIKA suatu ketika dahulu, kaum lelaki mendominasi aktiviti sukan ekstrem, namun kini semakin ramai wanita tahan lasak yang gemar melakukan aktiviti ekstrem seperti rock climbing, memanjat gunung, BASE jump dan sebagainya.

Aktiviti-aktiviti ini amat mencabar dan merbahayakan nyawa jika tidak mengambil langkah-langkah keselamatan yang sepatutnya.

Tetapi lain pula di China apabila sebuah kumpulan ini memanjat tebing setinggi 100 meter tanpa menggunakan apa-apa peralatan keselamatan.


Apa yang lebih menarik lagi ialah dalam kalangan lelaki tersebut, terselit seorang wanita 37 tahun yang turut aktif menceburi aktiviti ekstrem berkenaan.

Luo Dengping merupakan satu-satunya wanita di dalam kumpulan tersebut yang akan membuat persembahan memanjat tebing tinggi sehingga mendapat gelaran ‘Spiderwoman’ daripada pelawat dan pelancong yang datang ke wilayah Guizhou, China itu.

Dengping mula berkecimpung dengan aktiviti ini apabila dia tidak mempunyai adik-beradik lelaki yang boleh meneruskan tradisi yang diwarisi daripada bapanya.

Oleh kerana biasanya tradisi itu diturunkan kepada anak lelaki, Dengping merupakan wanita pertama yang memecahkan tradisi itu dengan terlibat dalam kumpulan pemanjat di sana.


Tambah Dengping lagi, dia akan beraksi bersama lima anggota kupulannya sebanyak dua kali sehari dari jam 8 pagi hingga 6 petang dan dibayar 3,000 yuan (RM1,915.59) sebulan bagi menyara hidupnya sekeluarga.

Dalam pada itu, Dengping merasakan wanita juga boleh membuat aktiviti yang menjadi keutamaan lelaki dan disebabkan itulah dia tidak berputus asa untuk meneruskan kerjanya ini.

“Saya rasa lelaki dan wanita adalah sama. Jika lelaki boleh melakukannya, saya juga boleh melakukannya,” katanya dipetik laporan OddityCentral.

Dia juga turut berkongsi tips memanjat yang menjadi pegangannya semasa memanjat tebing berkenaan tanpa menggunakan apa-apa alatan keselamatan.


“Sentuh batu dahulu dengan tangan atau kaki. Sekiranya anda tidak dapat menyentuhnya, jangan bergerak ke arah itu,” ujarnya.

Menurut laporan OddityCentral, aktiviti memanjat itu merupakan tradisi turun temurun oleh etnik Miao, Selatan China.

Khabarnya kemahiran memanjat itu diajar sebagai latihan untuk mengangkat keranda keluarga yang telah meninggal dunia.

Keranda itu akan diletakkan di gua-gua kecil atau digantungkan di tebing seperti yang dilakukan oleh suku Tana Toraja di Indonesia. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim



Demikianlah Artikel ‘Spiderwoman’ China Panjat Tebing Tanpa Alat Bantuan

Sekianlah artikel ‘Spiderwoman’ China Panjat Tebing Tanpa Alat Bantuan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ‘Spiderwoman’ China Panjat Tebing Tanpa Alat Bantuan dengan alamat link https://thelatestnewsmalaysia.blogspot.com/2017/10/spiderwoman-china-panjat-tebing-tanpa.html