Nenek tiri rendam muka cucu dalam minyak panas

Nenek tiri rendam muka cucu dalam minyak panas - Hallo sahabat The Latest News Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nenek tiri rendam muka cucu dalam minyak panas, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Global, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Top, Artikel Travel, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nenek tiri rendam muka cucu dalam minyak panas
link : Nenek tiri rendam muka cucu dalam minyak panas

Baca juga


Nenek tiri rendam muka cucu dalam minyak panas


BANDUNG, INDONESIA - Seorang kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun melecur teruk di bahagian muka kerana dianiaya oleh nenek tirinya dalam kejadian 29 September lalu di kediaman mereka.

Mangsa, Rachel Heriani, 11, dikejarkan ke hospital di Bandung akibat luka melecur yang serius di mukanya, sejurus selepas kejadian itu berlaku. 

Sebelum kejadian itu berlaku, nenek tirinya, Kosiah, 69, dikatakan telah meminta Rachel menggoreng keropok untuk santapan keluarganya hari itu. Namun, mangsa berkata dia mahu berehat untuk seketika kerana kepalanya pening.

Berang dengan alasan yang diberikan, Kosiah kemudian menarik rambut dan mengheret mangsa ke dapur lalu merendam mukanya ke dalam minyak masak yang panas. 



Bapa mangsa, Kusdian, 42, berkata, anaknya tidak mampu mengingati apa-apa selepas kejadian itu dan hanya tersedar dirinya diletakkan di atas katil sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. 

"Anak saya tidak ingat apa yang berlaku selepas itu. Sebaik saja sedar, dia sudah berada di atas katil. Dia diberi rawatan awal selepas dibawa ke Hospital Gunung Halu, tetapi dia hanya diberi ubat sapu sahaja dan doktor kata dia akan pulih," katanya. 

Kusdian yang tinggal berasingan dengan anaknya hanya mengetahui keadaan mangsa itu sehari selepas kejadian. Sebaik saja mengetahui kejadian itu, dia terus membawa mangsa ke hospital yang lain untuk mendapatkan rawatan yang lebih baik sebelum membuat laporan polis terhadap nenek tiri anaknya, Kosiah.



"Anak saya seorang pendiam. Jiran-jiran mereka berkata, dia selalu dipukul dan jarang pergi ke sekolah kerana nenek tirinya kerap memaksa dia membantunya.

"Bahagian mata kiri, dahi, hidung dan pipinya melecur teruk. Saya sedih melihat keadaan Rachel yang menangis setiap kali jururawat membersihkan luka di mukanya," katanya.

Bagaimanapun, Kosiah pula menegaskan kejadian yang berlaku itu adalah kemalangan yang tidak disengajakan di mana ketika dia sedang menggoreng keropok di dapur pada hari kejadian sebelum mangsa datang ke dapur. 

"Dia beritahu saya, dia mahu menggoreng keropok itu, jadi saya serahkan kepada dia dan sementara itu saya sediakan makanan yang lain. 

"Selepas menggoreng 11 ketul keropok, dia (mangsa) mengadu pening kepala dan saya suruh dia berehat. Bila saya kembali semula ke dapur, dia sudah terjatuh ke lantai," katanya.


Kosiah berkata, dia juga menemui tumpahan minyak yang tumpah dari kuali di sekitar kepala mangsa. 

Sementara itu, polis pihak berkuasa sedang menyiasat kes tersebut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Mangsa dilaporkan akan menjalani pembedahan pada mukanya selama yang mengambil masa selama dua hari. - The Reporter


Demikianlah Artikel Nenek tiri rendam muka cucu dalam minyak panas

Sekianlah artikel Nenek tiri rendam muka cucu dalam minyak panas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nenek tiri rendam muka cucu dalam minyak panas dengan alamat link https://thelatestnewsmalaysia.blogspot.com/2017/10/nenek-tiri-rendam-muka-cucu-dalam.html