Mila Jirin Mohon Maaf Isu Gambar Seksi

Mila Jirin Mohon Maaf Isu Gambar Seksi - Hallo sahabat The Latest News Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mila Jirin Mohon Maaf Isu Gambar Seksi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Global, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Top, Artikel Travel, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mila Jirin Mohon Maaf Isu Gambar Seksi
link : Mila Jirin Mohon Maaf Isu Gambar Seksi

Baca juga


Mila Jirin Mohon Maaf Isu Gambar Seksi


TERUK dikecam netizen hubungan pakaiannya yang dianggap terlalu seksi, penyanyi Mila Jirin memohon maaf atas kekhilafannya.

Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin memohon maaf kepada peminat dan semua pihak berkenaan aksinya dalam sekeping fotonya yang dikatakan kurang sopan dan seksi yang telah tular di laman sosial.

Katanya, gambar yang diambil semasa terlibat dalam satu sesi fotografi sebuah akhbar itu bukan untuk ‘ditayangkan’ kepada umum, sebaliknya hanya untuk tujuan suka-suka dan untuk dijadikan simpanan peribadi.

“Gambar itu diambil suka-suka dengan kawan-kawan pereka fesyen Seth & Luna sewaktu sesi fotografi saya dengan sebuah akhbar minggu lalu.

“Saya pun tidak muat naik gambar tu di Instagram sebabnya ia hanya untuk simpanan Seth & Luna. Saya tidak tahu mereka muat naik di laman sosial mereka dan menjadi tular,” katanya dipetik mStar Online.


Foto yang menunjukkan dirinya yang mengenakan sepasang dres dan berseluar ketat warna kulit sambil dalam posisi berbaring dalam tab mandi itu menerima komen negatif daripada netizen, dengan rata-rata mereka menyifatkan pakaian tersebut tidak bersesuaian dengan imejnya yang kini sudah bertudung.

“Saya sudah pun meminta pereka fesyen Seth & Luna untuk padamkan gambar tersebut di Instagram mereka kerana ia tidak sesuai untuk tontonan khalayak. Malangnya ia sudah tular ke media sosial lain.

“Saya mohon maaf kepada pihak yang tidak selesa dan marah. Saya akui gambar tersebut tidak sepatutnya diambil,” ujarnya.

Disebabkan komen-komen yang diterimanya, Mila berjanji akan lebih berhati-hati untuk bergambar walaupun hanya untuk simpanan peribadi.

Dalam pada itu, pereka fesyen Seth & Luna yang bertanggungjawab memuat naik gambar tersebut turut meminta maaf kepada Mila dan kesal kerana isu seperti ini mencalarkan imej penyanyi lagu Bukan Isteri Sempurna itu.

“Secara jujurnya kami memohon maaf kepada Mila, sahabat dan juga pelanggan kami yang sudah hampir tiga tahun setia semenjak Seth & Luna bertapak dalam industri kerana isu murahan ini telah sedikit memberi kesan terhadap imej beliau,”tulisnya di laman Instagram. – MYNEWSHUB.CC


Demikianlah Artikel Mila Jirin Mohon Maaf Isu Gambar Seksi

Sekianlah artikel Mila Jirin Mohon Maaf Isu Gambar Seksi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mila Jirin Mohon Maaf Isu Gambar Seksi dengan alamat link https://thelatestnewsmalaysia.blogspot.com/2017/10/mila-jirin-mohon-maaf-isu-gambar-seksi.html