Zaqhwan Fokus Pertahan Kejuaraan Walaupun Cedera

Zaqhwan Fokus Pertahan Kejuaraan Walaupun Cedera - Hallo sahabat The Latest News Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Zaqhwan Fokus Pertahan Kejuaraan Walaupun Cedera, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Informasi, Artikel Malaysia, Artikel Menarik, Artikel Resepi, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Zaqhwan Fokus Pertahan Kejuaraan Walaupun Cedera
link : Zaqhwan Fokus Pertahan Kejuaraan Walaupun Cedera

Baca juga


Zaqhwan Fokus Pertahan Kejuaraan Walaupun Cedera

MESKIPUN masih belum pulih dari kecederaan retak tiga jari kaki kanan, semangat Mohd Zaqhwan Zaidi tetap membara untuk mempertahankan kejuaraan dalam kategori SuperSports 600cc pusingan kedua Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Buriram, bermula Khamis ini. – Foto Goh Thean Howe

KUALA LUMPUR: Meskipun masih belum pulih dari kecederaan retak tiga jari kaki kanan, semangat Mohd Zaqhwan Zaidi tetap membara untuk mempertahankan kejuaraan dalam kategori SuperSports 600cc pusingan kedua Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Buriram, bermula Khamis ini.

Pelumba Musashi Boon Siew Honda Racing itu mengalami kecederaan dan gagal meneruskan Perlumbaan 2 SuperSports 600cc selepas terjatuh pada peringkat awal perlumbaan, meskipun tampil cemerlang menjuarai Perlumbaan 1 sebelum itu pada pusingan pertama ARRC di Litar Johor, awal bulan ini.

“Kesakitan ini tidak apa-apa jika dibandingkan dengan semangat saya untuk menang. Kecederaan tidak menghalang pelumba untuk memenangi sesuatu perlumbaan.

“Saya tidak boleh tercicir mata lagi selepas gagal mengutip sebarang mata pada Perlumbaan 2 di Johor,” kata Zaqhwan yang kini berada di tangga ketiga keseluruhan dengan 25 mata.

Kedudukan teratas milik Taiga Hada (45 mata) diikuti Azlan Shah Kamaruzaman (33 mata).

“Saya perlu merapatkan perbezaan mata ini di Buriram,” jelas Zaqhwan mengenai perlumbaan di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand itu.

Jadual Zaqhwan agak padat sepanjang April ini apabila dijadualkan terbang ke Jepun sebaik berakhir Pusingan 2 ARRC di Buriram untuk mengambil bahagian dalam Perlumbaan Suzuka 2 & 4 di Jepun, pada 22 dan 23 April.

“Perlumbaan Suzuka 2 & 4 adalah sebahagian daripada latihan untuk menyertai perlumbaan Suzuka 8-hour Endurance, Julai nanti. Saya perlu menggunakan masa itu nanti untuk lebih membiasakan diri dengan litar Suzuka,” katanya.



Demikianlah Artikel Zaqhwan Fokus Pertahan Kejuaraan Walaupun Cedera

Sekianlah artikel Zaqhwan Fokus Pertahan Kejuaraan Walaupun Cedera kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Zaqhwan Fokus Pertahan Kejuaraan Walaupun Cedera dengan alamat link https://thelatestnewsmalaysia.blogspot.com/2017/04/zaqhwan-fokus-pertahan-kejuaraan.html