Video: Remaja Tempatan Parah Ditikam Warga Asing

Video: Remaja Tempatan Parah Ditikam Warga Asing - Hallo sahabat The Latest News Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Video: Remaja Tempatan Parah Ditikam Warga Asing, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Global, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Top, Artikel Travel, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Video: Remaja Tempatan Parah Ditikam Warga Asing
link : Video: Remaja Tempatan Parah Ditikam Warga Asing

Baca juga


Video: Remaja Tempatan Parah Ditikam Warga Asing


Seorang pemuda tempatan parah akibat ditikam dan dibelasah sekumpulan lapan lelaki dipercayai warga asing dalam pergaduhan di sebuah pusat komersial di sini, malam semalam.

Aaron Venon, 19, dari Kampung Dabak, di sini, parah di bahagian kiri perut akibat ditikam dengan pisau dan kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth (HQE) Kota Kinabalu.

Dalam kejadian jam 10.46 malam itu, mangsa bersama empat rakannya dikatakan baru selesai makan di sebuah restoran, sebelum didatangi sekumpulan lelaki yang menyerang dan mengejar mangsa.

Satu rakaman video berdurasi kira-kira satu minit dipercayai memaparkan kejadian itu tersebar luas di media sosial sejak pagi tadi.

Ketua Polis Penampang, Deputi Superintendan Rosley Hobden, dalam kenyataannya di sini, berkata berdasarkan laporan rakan mangsa, suspek dipercayai memerhatikan mereka ketika makan di restoran berkenaan.

“Sebaik selesai makan, mangsa ke kedai runcit di seberang jalan manakala rakan lain berada di restoran berkenaan.

“Tiba-tiba mangsa didatangi sekumpulan lapan lelaki tidak dikenali lalu menyerang menggunakan senjata tajam seperti pisau, parang dan gergaji,” katanya, di sini, hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu untuk menghubungi balai polis berhampiran. - Suara Sabah



Demikianlah Artikel Video: Remaja Tempatan Parah Ditikam Warga Asing

Sekianlah artikel Video: Remaja Tempatan Parah Ditikam Warga Asing kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Video: Remaja Tempatan Parah Ditikam Warga Asing dengan alamat link https://thelatestnewsmalaysia.blogspot.com/2017/04/video-remaja-tempatan-parah-ditikam.html