Video: Kumpulan Navy ‘Mat Saleh’ Nyanyi Lagu Khalifah

Video: Kumpulan Navy ‘Mat Saleh’ Nyanyi Lagu Khalifah - Hallo sahabat The Latest News Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Video: Kumpulan Navy ‘Mat Saleh’ Nyanyi Lagu Khalifah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Global, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Top, Artikel Travel, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Video: Kumpulan Navy ‘Mat Saleh’ Nyanyi Lagu Khalifah
link : Video: Kumpulan Navy ‘Mat Saleh’ Nyanyi Lagu Khalifah

Baca juga


Video: Kumpulan Navy ‘Mat Saleh’ Nyanyi Lagu Khalifah


SEBUAH video nyanyian sekumpulan ‘mat saleh’ mendendangkan lagu Assalamualaikum Ustazah yang dipopularkan oleh kumpulan rock, Khalifah menjadi tular di laman sosial.

Video berdurasi dua minit itu dimuat naik oleh laman Facebook Cats FM dengan mendapat lebih empat ribu kongsian dan hampir 130 ribu tontonan sejak dimuat naik pada Jumaat.

Rata-rata netizen memuji nyanyian suara vokalis yang sungguh merdu dan sangat fasih sebutan dalam berbahasa melayu.

Menerusi rakaman, dapat dilihat bagaimana pelat inggeris yang dibawakan menjadikan lagu Assalamualaikum Ustazah ini seakan lebih unik dan lebih klasik.

“Ku jumpa dia, ku tanya dia…ustazah siapa nama aaa, aaaa ,” dendangnya.


Difahamkan, kumpulan kugiran ini dikenali sebagai US pacific Fleet Band ‘Pipeline’ yang terdiri daripada enam anggota Tentera Laut Amerika Syarikat (US Navy) iaitu Brent Mitchell (vokalis), Ray Lappoon, Trans Stanley, Mike DeLorean dan Paul Tomson.

Pipeline amat dikenali sebagai kumpulan cover band yang banyak membawakan lebih 40 lagu hits daripada Weezer, Maroon 5, Van Morrison dan terbaharu sudah semestinya daripada band tempatan, Khalifah.

Mereka akan mengadakan persembahan bersempena program Eksesais Pacific Partnership 2017 (PP17) anjuran Kementerian Pertahanan pada 19 April (Rabu) ini di dewan Auditorium Pustaka, Sarawak. – MYNEWSHUB.CC


Demikianlah Artikel Video: Kumpulan Navy ‘Mat Saleh’ Nyanyi Lagu Khalifah

Sekianlah artikel Video: Kumpulan Navy ‘Mat Saleh’ Nyanyi Lagu Khalifah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Video: Kumpulan Navy ‘Mat Saleh’ Nyanyi Lagu Khalifah dengan alamat link https://thelatestnewsmalaysia.blogspot.com/2017/04/video-kumpulan-navy-mat-saleh-nyanyi.html