TRW Tersungkur Di Kaki Tok Gajah

TRW Tersungkur Di Kaki Tok Gajah - Hallo sahabat The Latest News Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul TRW Tersungkur Di Kaki Tok Gajah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Informasi, Artikel Malaysia, Artikel Menarik, Artikel Resepi, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : TRW Tersungkur Di Kaki Tok Gajah
link : TRW Tersungkur Di Kaki Tok Gajah

Baca juga


TRW Tersungkur Di Kaki Tok Gajah

PENYERANG Kelantan, Mohamad Ghaddar dihalang pemain pertahanan pasukan Pahang, Mohd Afif Amiruddin dalam perlawanan Liga Super 2017 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.- Foto Syamsi Suhaimi

KOTA BHARU: Kelantan gagal meneruskan rentak kemenangan apabila tewas 2-1 di tangan Pahang dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke IV di sini, sebentar tadi.

Kemenangan itu pula sebaliknya, memberi manfaat besar kepada skuad Tok Gajah apabila merampas kedudukan di puncak liga daripada Kedah. Ini selepas skuad Helang Merah terikat 1-1 dengan PKNS di Alor Setar.

Dalam aksi malam tadi, pasukan pelawat terlebih dulu melancarkan beberapa percubaan berbahaya menerusi tandukan Mohd Afif Amiruddin pada awal permainan hasil sepakan sudut Matthew Davies.

Namun ia ditangkap kemas penjaga gol The Red Warriors (TRW), Khairul Fahmi Che Mat sebelum disusuli rembatan kencang Matheus Alves Leandro pada minit ke-7 yang sedikit tersasar.

Beraksi di hadapan penyokong sendiri, skuad kendalian Zahasmi Ismail mula melancarkan beberapa percubaan berbahaya menerusi jentera serangan yang diketuai Mohammad Ghaddar.

Hasilnya pada minit ke-16, Ghaddar membuka jaringan selepas menerima hantaran Indra Putra Mahayuddin dengan larian solo melepasi perangkap ofsaid sebelum menewaskan penjaga gol Wan Muhd Azraie Wan Teh.

Pahang yang melakukan asakan bertubi-tubi ke kubu tuan rumah turut memperoleh peluang untuk menyamakan kedudukan.

Namun tendangan Muhammad Nor Azam Abd Azih pada minit ke-44 dan rembatan Leandro pada minit ke-45 gagal menggegarkan jaring. Keputusan kekal 1-0 pada akhir separuh masa pertama.

Sebaik bersambung babak kedua, pelawat pula terus melancarkan serangan bertali arus namun sepakan percuma Wan Zaharulnizam Wan Zakaria pada minit ke-47 melepasi palang gol.

Usaha keras pelawat akhirnya berbayar dengan gol penyamaan menerusi Wan Zaharulnizam yang menerima hantaran Leandro dan meledakkan rembatan deras dari luar kawasan penalti untuk menewaskan Khairul Fahmi pada minit ke-60.

Pemain Kelantan yang masih terkejut dengan jaringan pelawat itu, dihukum sekali lagi dengan serangan balas lawan pada minit ke-62, menerusi sepakan leret Alves yang menewaskan Khairul Fahmi.

Tersentak dengan jaringan itu, Zahasmi membuat tiga pertukaran taktikal dengan memasukkan penyerang Muhd Danial Ashraf Abdullah menggantikan Khairul Izuan Rosli, Faizol Nazlin Sayuti dan Fakhrul Zaman bagi mengimbangi kekuatan lawan.

Ghaddar hampir mengikat kedudukan melakukan larian solo pada minit ke-72 diselamatkan penjaga gol pelawat, disusuli sepakan leret Muhd Danial minit ke-75 yang sedikit tersasar.

Keputusan kekal 2-1 sehingga wisel penamat.



Demikianlah Artikel TRW Tersungkur Di Kaki Tok Gajah

Sekianlah artikel TRW Tersungkur Di Kaki Tok Gajah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel TRW Tersungkur Di Kaki Tok Gajah dengan alamat link https://thelatestnewsmalaysia.blogspot.com/2017/04/trw-tersungkur-di-kaki-tok-gajah.html