Tiada Jaminan 3 Penyerang Disenarai

Tiada Jaminan 3 Penyerang Disenarai - Hallo sahabat The Latest News Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tiada Jaminan 3 Penyerang Disenarai, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Informasi, Artikel Malaysia, Artikel Menarik, Artikel Resepi, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tiada Jaminan 3 Penyerang Disenarai
link : Tiada Jaminan 3 Penyerang Disenarai

Baca juga


Tiada Jaminan 3 Penyerang Disenarai

KUALA LUMPUR: Pengendali skuad hoki lelaki negara, Stephen Van Huizen mengesahkan tiada jaminan buat tiga penyerang utamanya kembali disenaraikan pada Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah 2017 yang akan berlangsung di Ipoh, Perak, bermula 29 April ini.

Pendirian tegas itu ditujukan pengendali berusia 58 tahun itu kepada Faizal Saari, Firhan Ashari dan Haziq Samsul yang terlepas aksi ketika Malaysia menjuarai Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia di Dhaka, bulan lalu.

Katanya, ini kerana lima penyerang lain – Tengku Ahmad Tajuddin Ab Jalil, Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi, Rashid Baharom, Shahril Saabah dan Ramadan Rosli – juga sudah membuktikan ketajaman mereka di Dhaka.

“Walaupun mereka kerap diturunkan sejak dua tahun lalu, mereka juga perlu bekerja keras untuk mendapat tempat kali ini.

“Jadi tidak bermakna mereka akan mendapat tempat automatik di dalam pasukan,” katanya ketika ditemui sebaik berakhir aksi persahabatan antara pasukan senior dan skuad pembangunan negara, sebentar tadi.

Malah, Van Huizen berkata tidak adil untuk dia mengetepikan lima penyerang lain selepas mereka membuktikan mereka juga berhak disenaraikan berdasarkan prestasi di Dhaka, tempoh hari.

“Paling saya kagum adalah Nik Muhammad Aiman yang berjaya menampilkan persembahan cemerlang di Dhaka, termasuk menjaringkan lima gol.

“Ya, memang ramai mengatakan ia hanya kejohanan biasa, tetapi bagi saya bukan mudah untuk seorang pemain muda menjaringkan banyak gol di pentas antarabangsa,” katanya.

Terdahulu, pada aksi persahabatan di Stadium Hoki Tun Razak itu, Malaysia Tigers menundukkan pasukan adiknya 4-0 hasil sumbangan dua jaringan Faizal dan masing-masing satu oleh Firham dan Rashid Baharom.

Malah, Van Huizen juga menguji semua 18 pemain pada aksi yang dilihat menjadi medan untuk mengenal pasti kesebelasan utama bagi menghadapi perlawanan persahabatan menentang New Zealand pada 23 dan 24 April ini.



Demikianlah Artikel Tiada Jaminan 3 Penyerang Disenarai

Sekianlah artikel Tiada Jaminan 3 Penyerang Disenarai kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tiada Jaminan 3 Penyerang Disenarai dengan alamat link https://thelatestnewsmalaysia.blogspot.com/2017/04/tiada-jaminan-3-penyerang-disenarai.html