RUU 355 Dibahas Pada Sesi Akan Datang

RUU 355 Dibahas Pada Sesi Akan Datang - Hallo sahabat The Latest News Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul RUU 355 Dibahas Pada Sesi Akan Datang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Informasi, Artikel Malaysia, Artikel Menarik, Artikel Resepi, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : RUU 355 Dibahas Pada Sesi Akan Datang
link : RUU 355 Dibahas Pada Sesi Akan Datang

Baca juga


RUU 355 Dibahas Pada Sesi Akan Datang

SPEAKER Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. – Foto Mohamad Shahril Badri Saali

KUALA LUMPUR: Sesi perbahasan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 ditangguh ke sidang Dewan Rakyat akan datang, kata Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebentar tadi.

Pandikar Amin ketika mengumumkan perkara berkenaan berkata, keputusan itu dibuat menggunakan kuasanya sebagai Speaker yang tidak tertakluk kepada Peraturan 15 Dewan Rakyat.

“Selama saya diberi mandat oleh Parlimen untuk memegang jawatan Speaker hampir sembilan tahun. Perasaan saya turun naik macam harga saham di Bursa Malaysia.

“Pada hari ini saya amat gembira dan teruja atas dua sebab kerana hari ini saya berkuasa penuh untuk mengurus perjalanan mesyuarat tanpa kekangan Peruntukan Mesyuarat 15. Ini saya tekankan secara serius.

“Kedua saya faham RUU 355 dengan jelas. Sebelum ini samar-samar kerana banyak risalah, pendapat saya baca dan dengar mengenai RUU 355. Setelah mendengar penjelasan hujah huraian daripada Marang dan hujah sokongan dari Kota Bharu, barulah saya benar-benar jelas mengenai sejarah RUU 355 ini.

“Maka saya membuat ketetapan untuk perbahasan selanjutnya pada sesi akan datang,” katanya di Dewan Rakyat, sebentar tadi.

Pengumuman beliau itu bagaimanapun dibantah oleh Ahli Parlimen pembangkang yang tidak berpuas hati kerana tidak dapat peluang untuk membahaskan RUU 355 itu pada sesi kali ini.

Abdul Hadi hari ini mengambil masa 30 minit mulai jam 12.30 tengah hari untuk membentangkan RUU 355.

Pembentangan RUU 355 disokong oleh Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu).

ABDUL Hadi hari ini mengambil masa 30 minit mulai jam 12.30 tengah hari untuk membentangkan RUU 355. – Foto Mohamad Shahril Badri Saali

Pada 24 November lalu, Abdul Hadi membawa usul pindaan itu untuk menaikkan hukuman penjara kepada 30 tahun, denda tidak melebihi RM100,000 dan maksimun 100 sebatan berbanding maksimum tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam sebatan yang boleh dijatuhkan Mahkamah Syariah ketika ini.

Abdul Hadi membentangkan RUU 355 di Dewan Rakyat buat kali pertama pada 26 Mei 2016, tetapi menangguhkan perbahasan dan membentangkan versi yang disemak semula pada November 2016.

Pembentangan usul itu mencatat sejarah tersendiri kepada Dewan Rakyat kerana buat kali pertama RUU Persendirian dikemukakan Abdul Hadi dibentangkan dan dibahaskan untuk kelulusan.



Demikianlah Artikel RUU 355 Dibahas Pada Sesi Akan Datang

Sekianlah artikel RUU 355 Dibahas Pada Sesi Akan Datang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel RUU 355 Dibahas Pada Sesi Akan Datang dengan alamat link https://thelatestnewsmalaysia.blogspot.com/2017/04/ruu-355-dibahas-pada-sesi-akan-datang.html