FAM Mahu Naik Taraf Pengadil Profesional

FAM Mahu Naik Taraf Pengadil Profesional - Hallo sahabat The Latest News Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul FAM Mahu Naik Taraf Pengadil Profesional, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Informasi, Artikel Malaysia, Artikel Menarik, Artikel Resepi, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : FAM Mahu Naik Taraf Pengadil Profesional
link : FAM Mahu Naik Taraf Pengadil Profesional

Baca juga


FAM Mahu Naik Taraf Pengadil Profesional

SUBKHIDDIN Mohd Sallleh (kiri) bersama Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi dan Datuk Hamidin Mohd Amin (kanan) ketika sidang media mengenai video bantuan pengadil (VAR) dan pengadil profesional di Johor Bahru.- Foto Hairul Anuar Rahim

JOHOR BAHRU: Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) sudah mengenal pasti antara 15 hingga 20 pengadil yang akan dinaik taraf sebagai pengadil profesional pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Ia adalah inisiatif Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mahu pengadil di negara ini dinaik taraf sejajar dengan saingan liga yang sudah lama berstatus profesional.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, beberapa pengadil sudah dikenal pasti untuk menjalani kursus di Wisma FAM dalam masa terdekat.

Mereka yang terpilih akan menerima skala gaji yang menarik, termasuk elaun.

“Umur pengadil yang akan dipilih untuk dinaik taraf sebagai pengadil profesional adalah antara 23 hingga 35 tahun dan masih lagi pengadil semi profesional.

“Mereka ini dikategorikan sebagai pengadil elit dan kita akan memberi tawaran untuk menjadi pengadil profesional dan Tunku Ismail sudah memberi perkenan kelebihan dan gaji yang akan ditawarkan.

“Kita wujudkan satu pasukan untuk melatih pengadil profesional dan kita jangkakan awal tahun depan kesemua pengadil bertaraf profesional. Buat masa ini biar kita bermula dengan jumlah yang kecil dulu dan jika kita memiliki kewangan yang kukuh, kita akan tambah lagi,” katanya, hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Subkhiddin Mohd Salleh, berkata setiap pengadil profesional perlu ditempatkan di Wisma FAM sebelum mengadili perlawanan liga.

Katanya, pengadil profesional perlu menjalani latihan dengan jurulatih yang akan dilantik, malah mereka juga akan menilai pasukan-pasukan yang akan diadili nanti.

“Di Wisma FAM nanti, pengadil akan diberi penerangan mengenai corak permainan pasukan yang mereka akan adili bagi memahami dengan lebih lanjut mengenai apa jua taktikal permainan bagi mengelak berlaku kesilapan ketika mengadili perlawanan.

“Langkah itu bagi memastikan setiap pengadil sudah bersedia untuk mengadili perlawanan, malah kita juga memberi panduan supaya mereka lebih memahami dan tidak membuat kesilapan,” kata Subkhiddin.



Demikianlah Artikel FAM Mahu Naik Taraf Pengadil Profesional

Sekianlah artikel FAM Mahu Naik Taraf Pengadil Profesional kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel FAM Mahu Naik Taraf Pengadil Profesional dengan alamat link https://thelatestnewsmalaysia.blogspot.com/2017/04/fam-mahu-naik-taraf-pengadil-profesional.html