Video Nahas: Sikap Bebal Punya Pemandu…

Video Nahas: Sikap Bebal Punya Pemandu… - Hallo sahabat The Latest News Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Video Nahas: Sikap Bebal Punya Pemandu…, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Global, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Top, Artikel Travel, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Video Nahas: Sikap Bebal Punya Pemandu…
link : Video Nahas: Sikap Bebal Punya Pemandu…

Baca juga


Video Nahas: Sikap Bebal Punya Pemandu…


SEGALA-GALANYA telah dipelajari ketika mengambil kelas memandu, baik memberi signal ketika membelok mahupun hendak memotong kenderaan.

Namun sikap degil pemandu ini yang ingkar peraturan jalan raya bukan saja membawa bencana kepada dirinya malah turut melibatkan keselamatan dan menyusahkkan pemandu lain.

Menerusi rakaman video yang dipercayai berlaku pada 9.30 pagi kelmarin di Ranau, Sabah, ia menunjukkan nahas melibatkan sebuah pacuan empat roda (4WD) dengan kereta pelbagai guna (MPV).

Kejadian kemalangan itu dikatakan berpunca akibat daripada sikap pemandu 4WD berkenaan yang tidak sabar dan cuba memotong sebuah lori di jalan garisan berkembar.


Ia menyebabkan sebuah MPV yang datang dari arah bertentangan tidak sempat mengelak lalu merempuh pemandu ‘bebal’ tersebut.

Difahamkan tiada kemalangan jiwa berlaku, tetapi kedua-dua buah kenderaan itu mengalami kerosakan yang teruk di bahagian depan.


Sementara itu di media sosial, netizen menyelar tindakan pemandu 4WD terbabit yang memandu secara berbahaya sehingga menjadi punca kemalangan yang sepatutnya boleh dielakkan.

“Mohon pihak berkuasa ambil tindakan dan gantung lesen pemandu tak guna ini. Dah jelas dan terang jalan itu ada double line tak boleh memotong, dia degil dan potong juga. Potong kat selekoh plak tu,” kata Araish.

“Ini namanya kereta besar tapi otak pemandu kecik atau otaknya letak di lutut. Kasihan orang lain menjadi mangsa keadaan,” kata Fatty.

Difahamkan, susulan kejadian itu juga pemandu kereta itu juga telah dikenakan saman RM300 kerana kesalahan memotong di garisan berkembar.

Rakaman video berdurasi satu minit 58 saat itu sehingga kini telah dikongsi lebih 15,000 kali dan ditonton hampir dua juta pengguna Facebook. – MYNEWSHUB.CC


Demikianlah Artikel Video Nahas: Sikap Bebal Punya Pemandu…

Sekianlah artikel Video Nahas: Sikap Bebal Punya Pemandu… kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Video Nahas: Sikap Bebal Punya Pemandu… dengan alamat link http://thelatestnewsmalaysia.blogspot.com/2017/11/video-nahas-sikap-bebal-punya-pemandu.html