Langgar Lampu Isyarat: Penunggang Motosikal Maut

Langgar Lampu Isyarat: Penunggang Motosikal Maut - Hallo sahabat The Latest News Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Langgar Lampu Isyarat: Penunggang Motosikal Maut, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Global, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Top, Artikel Travel, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Langgar Lampu Isyarat: Penunggang Motosikal Maut
link : Langgar Lampu Isyarat: Penunggang Motosikal Maut

Baca juga


Langgar Lampu Isyarat: Penunggang Motosikal Maut


KUCHING – Akibat melanggar lampu isyarat, seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya berlanggar dengan sebuah kereta di persimpangan Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce-Jalan Badruddin di sini, awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak DSP Bingkok John berkata dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu, mangsa Mohammad Asrulnizam Rahman, 23, didapati turut membawa dua pembonceng.

“Hasil siasatan mendapati motosikal jenis Yamaha SS2 dari arah Jalan Taman Budaya menuju Jalan Pisang telah berlanggar dengan sebuah kereta Perodua Axia dari arah Jalan Satok menuju ke Batu Tiga di tengah kawasan lampu isyarat.”

“Mangsa dipercayai maut di tempat kejadian akibat kecederaan pada bahagian kepala manakala dua pemboncengnya iaitu Mohamad Asraff Isadi, 13, dan Danial Azhar Ahmad, 14, mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Umum Sarawak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bingkok berkata siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku akibat kecuaian penunggang motosikal tersebut yang melanggar lampu isyarat merah dan membawa pembonceng melebihi had.

“Bagaimanapun pemandu kereta Abdul Manab Tani, 29, bersama tiga penumpang tidak cedera,” katanya.

Beliau berkata siasatan lanjut kes itu sedang dijalankan. – BERNAMA


Demikianlah Artikel Langgar Lampu Isyarat: Penunggang Motosikal Maut

Sekianlah artikel Langgar Lampu Isyarat: Penunggang Motosikal Maut kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Langgar Lampu Isyarat: Penunggang Motosikal Maut dengan alamat link http://thelatestnewsmalaysia.blogspot.com/2017/04/langgar-lampu-isyarat-penunggang.html