Dua Pelajar UMS Maut Kereta Rempuh Pokok

Dua Pelajar UMS Maut Kereta Rempuh Pokok - Hallo sahabat The Latest News Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dua Pelajar UMS Maut Kereta Rempuh Pokok, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Global, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Top, Artikel Travel, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dua Pelajar UMS Maut Kereta Rempuh Pokok
link : Dua Pelajar UMS Maut Kereta Rempuh Pokok

Baca juga


Dua Pelajar UMS Maut Kereta Rempuh Pokok


KOTA KINABALU: Dua pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) maut dalam kemalangan selepas kereta yang dinaiki mereka merempuh sebatang pokok di jalan di Likas, awal pagi Ahad.

Mangsa adalah Mohd Haidil Amran, 23, dari Kunak dan Nur Azlina Tan Lian Chew, 22 dari Tawau.

Pemangku Ketua Polis Kota Kinabalu, Superintendan George Abdul Rakman berkata, kedua mereka meninggal dunia di tempat kejadian pada pukul 2.41 pagi kerana mengalami beberapa kecederaan.

Beliau menambah, siasatan awal menunjukkan Mohd Haidil hilang kawalan semasa cuba memotong kenderaan lain.

"Kita percaya dia hilang kawalan menyebabkan kereta mereka melanggar pembahagi jalan dan merempuh pokok," katanya.

George berkata, pasukan bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan yang remuk dan doktor yang tiba di tempat kejadian mengesahkan kedua mereka meninggal dunia.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat dan kenderaan dihantar ke Puspakom untuk siasatan lanjut.

"Kita percaya kecuaian merupakan punca kemalangan. Siasatan masih sedang berjalan," tambah George. - mStar


Demikianlah Artikel Dua Pelajar UMS Maut Kereta Rempuh Pokok

Sekianlah artikel Dua Pelajar UMS Maut Kereta Rempuh Pokok kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dua Pelajar UMS Maut Kereta Rempuh Pokok dengan alamat link http://thelatestnewsmalaysia.blogspot.com/2017/04/dua-pelajar-ums-maut-kereta-rempuh-pokok.html