link : 'Bapa Saya Bukan Binatang Untuk Dipersenda' - Watson Nyambek
'Bapa Saya Bukan Binatang Untuk Dipersenda' - Watson Nyambek
MIRI: Bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek kecewa dengan tindakan sebuah stesen televisyen swasta yang menghina mendiang bapanya dalam satu rancangan komedi yang disiarkan malam Sabtu.
Watson yang juga bekas pemegang rekod kebangsaan acara 100 meter, berang apabila stesen televisyen itu menyamakan bapanya yang meninggal dunia tiga tahun lalu dengan binatang.
"Saya ada menonton episod itu dan berasa tersinggung dan kini sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang," katanya kepada Bernama pada Sabtu.
Watson berkata, sepanjang karier sebagai ahli sukan sehingga sekarang tidak pernah mana-mana media membuat penghinaan terlalu peribadi terhadapnya khususnya melibatkan mendiang bapanya.
"Saya tidak tahu motif sebenar stesen televisyen tersebut tapi ini satu penghinaan kepada bapa saya,"katanya sambil menambah stesen televisyen sepatutnya peka dengan sensitiviti masyarakat dan individu terutama sekali yang telah meninggal dunia.
Watson berkata, tindakan tersebut amat jelas tidak menghormati sensitiviti keluarga serta saudara-mara mendiang bapanya.
Beliau turut menggunakan laman Facebooknya untuk meluahkan rasa tidak puas hati kepada stesen televisyen itu.
"Orang hina saya miskin, bankrap, tak ada apa saya terima, nak ketawakan saya apa boleh buat,nasib kita macam tu,tapi bapa saya bukan binatang untuk dipersendakan." tulisnya dalam Facebooknya.
Luahan Watson mendapat reaksi serta perkongsian ratusan netizen yang mahu Watson menyaman stesen televisyen berkenaan serta mengutuk tindakan rancangan tersebut yang menghina individu yang telah meninggal dunia.
Watson yang memegang rekod kebangsaan 100m iaitu 10.30 saat selama 18 tahun sebelum dipecahkan Khairul Hafiz Jantan yang melakukan 10.18s pada Sukma Sarawak tahun lepas, diisytiharkan muflis selepas gagal membayar balik pinjaman bank yang digunakan untuk menanggung kos perubatan bapanya yang menderita barah telinga.
Bagaimanapun, beliau dibebaskan daripada status muflis selepas kerajaan Sarawak membayar balik tunggakkan pinjaman sebanyak RM80,000 itu. - mStar
Demikianlah Artikel 'Bapa Saya Bukan Binatang Untuk Dipersenda' - Watson Nyambek
Sekianlah artikel 'Bapa Saya Bukan Binatang Untuk Dipersenda' - Watson Nyambek kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 'Bapa Saya Bukan Binatang Untuk Dipersenda' - Watson Nyambek dengan alamat link http://thelatestnewsmalaysia.blogspot.com/2017/04/bapa-saya-bukan-binatang-untuk.html