American Airlines Buat Hal Lagi: Kali Ini Ibu & Bayi Jadi Mangsa

American Airlines Buat Hal Lagi: Kali Ini Ibu & Bayi Jadi Mangsa - Hallo sahabat The Latest News Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul American Airlines Buat Hal Lagi: Kali Ini Ibu & Bayi Jadi Mangsa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Global, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Top, Artikel Travel, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : American Airlines Buat Hal Lagi: Kali Ini Ibu & Bayi Jadi Mangsa
link : American Airlines Buat Hal Lagi: Kali Ini Ibu & Bayi Jadi Mangsa

Baca juga


American Airlines Buat Hal Lagi: Kali Ini Ibu & Bayi Jadi Mangsa


NEW YORK: Syarikat penerbangan di Amerika Syarikat (AS) sekali lagi menjadi perhatian media apabila satu lagi insiden 'penindasan' penumpang berlaku pada Jumaat.

Dalam kejadian terbaharu itu, seorang ibu bersama dua anak kembar, dihalau keluar daripada pesawat milik American Airlines (AA) oleh seorang atendan penerbangan selepas mangsa dipercaya membawa masuk kerusi bayi ke atas kabin.

Dalam insiden mengejutkan itu, atendan tersebut secara kasar merampas kerusi tolak bayi daripada wanita terbabit sebelum menghayun peralatan itu dan nyaris mengenai seorang daripada bayi kembar berkenaan.

Kejadian itu berlaku ketika syarikat penerbangan AS dikritik ekoran insiden seorang penumpang lelaki dihalau keluar pesawat gara-gara lebihan tempahan.

Insiden melibatkan penumpang wanita dan atendan penerbangan itu turut dirakam dan disiarkan oleh pengguna Facebook bernama Surian Adyanthaya.


"Ya Tuhan. Atendan penerbangan AA merampas kerusi tolak bayi daripada seorang wanita yang sedang menduduki bayi kembarnya sebelum memukul mangsa dan nyaris terkena bayi," demikian kapsyen yang diberikan Adyanthaya pada video itu.

Kemudian Adyanthaya memuatnaik satu lagi gambar dengan kapsyen berbunyi, "Mereka mengiringi ibu dan anak kembarnya keluar dari pesawat dan membenarkan atendan terlibat naik semula sebelum dia cuba bergaduh dengan seorang lagi penumpang.

"Ibu terbabit telah memohon maaf tetapi pegawai AA enggan menerimanya.

"Saya mempunyai video kejadian itu tetapi kami sudah berlepas," katanya.

Rakaman video itu tidak menunjukkan detik-detik pegawai penerbangan itu memukul wanita terbabit, tetapi situasi tegang sempat dirakamkan apabila seorang penumpang lelaki bangkit mempertahankan ibu malang itu.

"Hei, anda lakukan (pukul) saya dan saya akan membuatkan anda menyesal.

"Pukullah saya kalau berani," kata lelaki tersebut kepada atendan penerbangan itu.

Video itu juga menunjukkan wanita terbabit menangis sambil mendukung dua anaknya.

Rakaman kejadian itu tersebar pantas dalam laman sosial Facebook dan telah dikongsi lebih 3,000 kali.

Pihak syarikat AA mengecam tindakan atendan penerbangan itu dan menggantung tugasnya selain melancarkan siasatan berhubung kejadian berkenaan. - mStar


Demikianlah Artikel American Airlines Buat Hal Lagi: Kali Ini Ibu & Bayi Jadi Mangsa

Sekianlah artikel American Airlines Buat Hal Lagi: Kali Ini Ibu & Bayi Jadi Mangsa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel American Airlines Buat Hal Lagi: Kali Ini Ibu & Bayi Jadi Mangsa dengan alamat link http://thelatestnewsmalaysia.blogspot.com/2017/04/american-airlines-buat-hal-lagi-kali.html