Polis Buru 2 Lelaki Rompak 2 Hotel Di Sandakan

Polis Buru 2 Lelaki Rompak 2 Hotel Di Sandakan - Hallo sahabat The Latest News Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis Buru 2 Lelaki Rompak 2 Hotel Di Sandakan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Global, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Top, Artikel Travel, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis Buru 2 Lelaki Rompak 2 Hotel Di Sandakan
link : Polis Buru 2 Lelaki Rompak 2 Hotel Di Sandakan

Baca juga


Polis Buru 2 Lelaki Rompak 2 Hotel Di Sandakan


SANDAKAN – Polis sedang memburu dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kes rompakan bersenjata di dua hotel di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Mohd Azhar Hamin berkata kes pertama berlaku di sebuah hotel di Bandar Utama pada 2.05 pagi semasa dua pekerja sedang berada di kaunter hotel.

Katanya tiba-tiba mereka didatangi dua lelaki yang memakai jaket serta seluar gelap dan bertopi keledar.

Beliau berkata seorang daripadanya mengacukan sebilah pisau pada kedua-dua mangsa manakala rakannya mengeluarkan sepucuk pistol dan terus meminta wang daripada mangsa.

Menurutnya mangsa yang ketakutan terus mengeluarkan wang tunai dari laci kaunter sebanyak RM454 dan menyerahkannya kepada kedua-dua lelaki tersebut yang kemudiannya melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal.

Mohd Azhar berkata kejadian kedua berlaku pada 3.13 pagi di sebuah hotel di Bandar Kim Fung juga dilakukan dua lelaki bersenjatakan parang dan sepucuk pistol.

Katanya suspek melarikan wang tunai RM810 dan sebuah telefon bimbit daripada dua pekerja hotel itu.

Sehubungan itu beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini agar tampil untuk membantu siasatan pihak polis bagi mengesan suspek yang terlibat.

Katanya pihak polis juga menasihatkan orang ramai jangan membuat spekulasi yang boleh mengeruhkan keadaan ketenteraman awam di daerah ini.

Kedua-dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. – BERNAMA


Demikianlah Artikel Polis Buru 2 Lelaki Rompak 2 Hotel Di Sandakan

Sekianlah artikel Polis Buru 2 Lelaki Rompak 2 Hotel Di Sandakan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis Buru 2 Lelaki Rompak 2 Hotel Di Sandakan dengan alamat link https://thelatestnewsmalaysia.blogspot.com/2017/10/polis-buru-2-lelaki-rompak-2-hotel-di.html