Penganggur Rangsang 2 Budak Sebelum Liwat

Penganggur Rangsang 2 Budak Sebelum Liwat - Hallo sahabat The Latest News Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penganggur Rangsang 2 Budak Sebelum Liwat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Global, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Top, Artikel Travel, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penganggur Rangsang 2 Budak Sebelum Liwat
link : Penganggur Rangsang 2 Budak Sebelum Liwat

Baca juga


Penganggur Rangsang 2 Budak Sebelum Liwat


JIJIK… Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas dua tuduhan merangsang dan melakukan seks di luar tabii terhadap dua kanak-kanak bawah umur sekitar Jun lalu.

Tertuduh, Mohd. Azizi Firdaus Abu Samah mengaku bersalah selepas pertuduhan dibaca oleh jurubahasa mahkamah di hadapan hakim, Mohammad Khalid Ab. Karim.

Mengikut pertuduhan pertama, suspek didakwa merangsang kanak-kanak berusia 12 tahun dengan melakukan aksi lucah yang melampau di sebuah rumah terletak di No.242, Jalan Jambu Mawar 5, Taman Muhibah Saleng, Kulai, sekitar pukul 12 tengah hari pada Jun lalu.

Bagi pertuduhan kedua pula, dia didakwa melakukan persetubuhan di luar tabii dengan sengaja yang melibatkan seorang lagi kanak-kanak berusia 11 tahun secara paksa beralamat di Lot 1 Medan Selera Penjaja, Jalan Cengal 3, Bandar Putra, Kulai, pukul 10 malam pada 21 Jun lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Suhaila Shafi’uddin menawarkan hukuman yang setimpal ke atas tertuduh agar dapat dijadikan pengajaran kepada masyarakat umum.

Beliau juga memaklumkan sebarang kes terutama melibatkan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak perlu dipandang serius.

Mohammad Khalid telah menjatuhkan hukuman penjara selama empat tahun kepada tertuduh serta dua sebatan bagi kesalahan pertama.

Seterusnya, tertuduh dijatuhkan hukuman enam tahun penjara dan dua sebatan pula bagi kesalahan kedua.

Hukuman tersebut dijalankan secara berasingan bermula daripada tarikh penangkapan dibuat iaitu pada 22 September lalu.. – MYNEWSHUB.CC


Demikianlah Artikel Penganggur Rangsang 2 Budak Sebelum Liwat

Sekianlah artikel Penganggur Rangsang 2 Budak Sebelum Liwat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penganggur Rangsang 2 Budak Sebelum Liwat dengan alamat link https://thelatestnewsmalaysia.blogspot.com/2017/10/penganggur-rangsang-2-budak-sebelum.html