Mayat Remaja Dengan Kaki, Tangan Berikat Ditemui

Mayat Remaja Dengan Kaki, Tangan Berikat Ditemui - Hallo sahabat The Latest News Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mayat Remaja Dengan Kaki, Tangan Berikat Ditemui, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Global, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Top, Artikel Travel, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mayat Remaja Dengan Kaki, Tangan Berikat Ditemui
link : Mayat Remaja Dengan Kaki, Tangan Berikat Ditemui

Baca juga


Mayat Remaja Dengan Kaki, Tangan Berikat Ditemui


GEORGE TOWN – Polis sedang memburu lima lelaki berikutan penemuan mayat seorang remaja lelaki dengan kedua-dua belah tangan dan kaki berikat dengan tali nilon di dalam sebuah rumah di flat Padang Tembak, pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, V. Saravanan berkata mayat M. Sathiwill, 20, dijumpai tertiarap kira-kira 9.30 pagi ini oleh seorang rakan penyewa wanita unit rumah berkenaan.

Menurutnya, mangsa menyewa sebuah bilik di rumah berkenaan bersama abangnya dan ketika dijumpai, mayat itu turut dibalut dengan cadar dalam bilik berkenaan.

“Mengikut keterangan seorang saksi kejadian, mangsa telah diserang oleh lima lelaki di koridor tingkat 16 pada awal pagi Selasa.

“Siasatan awal polis mendapati, mangsa telah dipukul oleh lima suspek sebelum diheret masuk ke biliknya. Si mati telah dicederakan dengan benda tumpul selepas mukanya didapati bengkak,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Saravanan berkata polis telah mengenal pasti identiti kelima-lima suspek itu selepas meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat dalam lif flat berkenaan. – BERNAMA


Demikianlah Artikel Mayat Remaja Dengan Kaki, Tangan Berikat Ditemui

Sekianlah artikel Mayat Remaja Dengan Kaki, Tangan Berikat Ditemui kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mayat Remaja Dengan Kaki, Tangan Berikat Ditemui dengan alamat link https://thelatestnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/mayat-remaja-dengan-kaki-tangan-berikat.html