Lupa Parkir Di Mana, Jumpa Balik 20 Tahun Kemudian

Lupa Parkir Di Mana, Jumpa Balik 20 Tahun Kemudian - Hallo sahabat The Latest News Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lupa Parkir Di Mana, Jumpa Balik 20 Tahun Kemudian, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Global, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Top, Artikel Travel, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lupa Parkir Di Mana, Jumpa Balik 20 Tahun Kemudian
link : Lupa Parkir Di Mana, Jumpa Balik 20 Tahun Kemudian

Baca juga


Lupa Parkir Di Mana, Jumpa Balik 20 Tahun Kemudian


BERLIN – Lupa di mana letak kereta di tempat parkir mungkin sering dialami banyak orang namun, lupa ekstrem ini menyebabkan seorang lelaki di Jerman menyangka kenderaannya hilang dicuri.

Dia selepas itu memutuskan untuk membuat satu laporan di sebuah balai polis berhampiran. Ironi 20 tahun kemudian, pihak berkuasa Frankfurt dekat sini mendapati lelaki itu hanya lupa di mana dia letak keretanya.

Menurut laporan media tempatan semalam, kenderaan milik warga emas berusia 76 tahun itu akhirnya dijumpai di sebuah garaj, dalam sebuah bangunan industri lama yang akan diruntuh untuk projek pembangunan semula.

Pihak polis pada mulanya menyiasat siapakah pemilik kereta tersebut setelah satu laporan menyebut ada sebuah kenderaan lama didapati sudah terbiar di kawasan kilang yang akan dirobohkan pemaju dalam masa terdekat.

Menurut akhbar setempat, Augsberger Allgemein, polis akhirnya berjaya menemui pemilik kereta buruk itu dengan keretanya tetapi malang kenderaan tersebut tidak dapat berfungsi lagi dan mungkin perlu dilupuskan begitu sahaja.

Ini merupakan insiden kedua yang dilaporkan di Jerman selepas seorang lelaki dipertemukan kembali dengan keretanya akibat terlupa setelah dua tahun sebenarnya masih lagi berada di sebuah kawasan parkir awam.

Dia sebelum itu buat laporan polis dan kenderaannya lengkap dengan wang tunai 40,000 euro miliknya langsung tidak diusik. Ia selamat dijumpai kembali empat kilometer dari tempat lelaki tersebut menyangka telah meletaknya.

Pada awal tahun ini, seorang lelaki berasal dari Scotland juga mendakwa kehilangan keretanya setelah menghadiri sebuah pertunjukan di Manchester. Dia malah mencarinya selama lima hari, sebelum akhirnya berputus asa.

Dia turut menghubungi pihak majlis tempatan dan kemudian melaporkan kepada polis sebagai kes curi. Lucunya enam bulan kemudian, dia menjumpai semula keretanya di parkir awam, tempat dia pernah meninggalkannya.

Malangnya, lelaki berkenaan dikenakan hukuman denda kerana kesalahan parkir selama enam bulan di kawasan tersebut yang dianggarkan berjumlah 5,000 pound sterling. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA



Demikianlah Artikel Lupa Parkir Di Mana, Jumpa Balik 20 Tahun Kemudian

Sekianlah artikel Lupa Parkir Di Mana, Jumpa Balik 20 Tahun Kemudian kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lupa Parkir Di Mana, Jumpa Balik 20 Tahun Kemudian dengan alamat link http://thelatestnewsmalaysia.blogspot.com/2017/11/lupa-parkir-di-mana-jumpa-balik-20.html