Bala berjudi

Bala berjudi - Hallo sahabat The Latest News Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bala berjudi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Global, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Top, Artikel Travel, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bala berjudi
link : Bala berjudi

Baca juga


Bala berjudi


Yancheng, China: Seorang lelaki yang tertekan kerana dibebani hutang cuba memecahkan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank bagi membayar hutangnya di bank berkenaan.

Lelaki terbabit yang dipercayai kaki judi dilaporkan berhutang 340,000 yuan (RM217,756) dengan sebuah bank dan tidak mampu membayar hutang berkenaan.

Rakaman kamera keselamatan menunjukkan lelaki itu yang dikenali sebagai Cai masuk ke ruangan ATM di sebuah bank di Yancheng di wilayah Jiangsu pada awal pagi, baru-baru ini.

Dia kemudian mengeluarkan tukul dari begnya sebelum mengetuk sebuah mesin ATM beberapa kali.

Selepas beberapa pukulan, tukul yang dibawa Cai patah tetapi dia mengambil kepala tukul itu dan terus mengetuk mesin berkenaan.

Selepas beberapa minit, mesin itu langsung tidak terjejas dan lelaki itu akhirnya mengalah sebelum duduk di hadapan pintu.

Polis yang menerima aduan mengenai kejadian itu segera menghantar dua anggota ke mesin ATM berkenaan yang menemui Cai duduk di depan pintu.

Cai menyerah diri kepada polis dan mengaku dia cuba memecahkan mesin ATM berkenaan.

Ketika disoal siasat, Cai memberitahu dia mempunyai hutang yang banyak kerana ketagih berjudi sehingga dibuang kerja sebagai pemandu lori.

Katanya, dia berhutang dengan jumlah keseluruhan 900,000 yuan (RM576,414).

Menurutnya, dia cuba memecahkan mesin ATM berkenaan kerana mahu mendapatkan wang bagi membayar hutang di bank berkenaan. - hmetro


Demikianlah Artikel Bala berjudi

Sekianlah artikel Bala berjudi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bala berjudi dengan alamat link https://thelatestnewsmalaysia.blogspot.com/2017/10/bala-berjudi.html