'Saya Jalan Amanah Sebagai Muslim' – Pemilik Dobi

'Saya Jalan Amanah Sebagai Muslim' – Pemilik Dobi - Hallo sahabat The Latest News Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Saya Jalan Amanah Sebagai Muslim' – Pemilik Dobi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Global, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Top, Artikel Travel, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Saya Jalan Amanah Sebagai Muslim' – Pemilik Dobi
link : 'Saya Jalan Amanah Sebagai Muslim' – Pemilik Dobi

Baca juga


'Saya Jalan Amanah Sebagai Muslim' – Pemilik Dobi


PEMILIK dobi layan diri yang terletak di Jalan Junid, Muar, Johor yang tular tempoh hari akibat polisi ‘Muslim sahaja’ premisnya itu berkata dia hanya memenuhi permintaan pelanggan beragama Islam.

Dia yang merupakan seorang usahawan berusia dalam lingkungan 40-an dan meminta untuk dirahsiakan identitinya berkata, ianya merupakan keputusan perniagaan dan adalah hasil pertimbangan selepas menerima maklum balas daripada pelanggannya yang 90 peratus Muslim.

Katanya lagi, dia akhirnya memutuskan untuk meletakkan papan tanda yang bertulis “Mesra Muslim. Dobi ini hanya menerima pelanggan beragama Islam sahaja atas faktor kesucian. Segala kesulitan amat dikesali. Sila tanggalkan kasut di luar” itu di dobi layan dirinya itu dengan niat untuk mempertahankan tanggungjawabnya sebagai ahli perniagaan Muslim yang berkhidmat kepada pelanggan yang majoritinya penganut agama Islam.


“Saya telah merujuk kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) jika mereka benarkan saya letakkan papan tanda itu di premis perniagaan saya, dan orang di pejabat kementerian itu berkata tiada masalah.

“Saya telah mengoperasikan dobi ini selama setahun setengah yang lalu, dan pada mulanya, saya tidak meletakkan papan tanda seperti itu kerana saya masih baru berniaga.

“Tapi saya memang telah berniat untuk mewujudkan dobi mesra Muslim sejak sekian lama.

“Saya mengambil keputusan untuk meletakkan papan tanda itu 10 hari lalu hanya selepas kebanyakan pelanggan saya menyatakan kesangsian mereka terhadap unsur ‘najis’ bercampur dengan cucian mereka.

“Pelanggan saya was-was tentang isu kesucian oleh kerana ianya menjadi faktor penentu pakaian mereka sesuai dipakai ketika beribadah atau tidak.

“Kebetulan pula, saya amat terkesan dengan satu artikel dalam majalah Al-Islam baru-baru ini yang menyeru umat Islam agar menjaga kebersihan terutamanya pakaian solat. Saya telah memkirikan semuanya secara mendalam sebelum memutuskan untuk hadkan golongan pelanggan saya kepada hanya umat Islam sahaja,” katanya panjang-lebar kepada akbar New Straits Times.

Pengusaha dobi yang berasal daripada Muar itu turut memohon orang ramai agar tidak memperpanjangkan isu ini dan menegaskan bahawa dia akan tetap meneruskan polisinya itu.

“Saya cuma menjalankan amanah kepada Muslim yang lain supaya mereka dapat mencuci pakaian mereka dengan hati yang lapang.

“Bukankah fardhu kifayah itu tanggungjawab semua umat Islam?” ujarnya lagi cuba menjustifikasikan tindakannya itu. – MYNEWSHUB.CC


Demikianlah Artikel 'Saya Jalan Amanah Sebagai Muslim' – Pemilik Dobi

Sekianlah artikel 'Saya Jalan Amanah Sebagai Muslim' – Pemilik Dobi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Saya Jalan Amanah Sebagai Muslim' – Pemilik Dobi dengan alamat link https://thelatestnewsmalaysia.blogspot.com/2017/09/saya-jalan-amanah-sebagai-muslim.html